Uncategorized

PERSAUDARAAN IAIN, METRO LAMPUNG, INDONESIA DENGAN CGS, UNISEL, MALAYSIA

KUNJUNGAN AKADEMIK DAN SEMINAR PASCASISWAZAH MENGERATKAN KERJASAMA ANTARA PASCASARJANA INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN), METRO LAMPUNG, INDONESIA DAN PUSAT PASCASISWAZAH (CGS) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) MALAYSIA

Seramai 66 mahasiswa dan 7 orang pensyarah dari Pascasarjana Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Metro Lampung, Indonesia telah membuat lawatan dan kunjungan akademik ke Pusat Pascasiswazah Universiti Selangor pada Khamis 25 Oktober 2017. Kunjungan ini adalah sesuai dengan MoU kedua IPT selepas perbincangan antara Deputy Director Postgraduate School, IAIN Metro, Dr. Khoirurrijal dan Prof. Madya Dr. Setyawan Widyarto.
Dr. Moohamad Ropaning Sulong Timbalan Dekan CGS, selaku tuan rumah telah menerima delegasi IAIN ke CGS dan telah membentangkan tentang Halal Hub. Dr. Astri Yulia Penyelaras Pascasiswazah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan juga wakil Institut Kajian Malaysia Indonesia telah membentangkan kertas kerja kepada delegasi.
Program bermula pukul 9.00 pagi dan disambut oleh Dr. Ropaning dan Dr. Astri Yulia. Pada kesempatan beramah tamah kedua IPT bersetuju untuk terus meningkatkan kerjasama dua hala.
Seminar ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah cenderahati. Program ditutup dengan sesi bergambar bersama dan majlis bersurai pada pukul 1.30 tengahari kemudian delegasi meneruskan ke destinasi berikutnya.

IAINMETROIAINMETRO-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *